Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).
Kerajaan Malaysia mengambil
tindakan drastik ini untuk mengekang penularan wabak COVID-19
dengan cara menghadkan pergerakan orang ramai. Pendekatan ini
perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan lebih
ramai rakyat negara ini daripada dijangkiti wabak jangkitan COVID-19 yang kini telah memasuki gelombang kedua.
Setiap individu perlu menjadi rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing untuk
membantu kerajaan Malaysia dalam membendung penularan
kejadian COVID-19.
Memandangkan
situasi penularan COVID-19 ini semakin meruncing ketika ini, maka
JPPM telah memaklumkan bahawa semua pertubuhan adalah DILARANG
daripada mengadakan program/aktiviti/ persidangan/ perhimpunan/
mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan
arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan juga telah mengambil inisiatif untuk menghentikan buat sementara segala aktiviti dan program yang melibatkan perhimpunan , mesyuarat dan aktiviti luar agar dapat turut sama mengelakkan jangkitan virus terus menular keseluruh negara. PELUKIS mengalakkan ahli ahlinya agar terus berada dirumah masing-masing dan memanafaatkan masa selama 14 hari dengan duduk melukis , berkarya , menyiapkan tempahan-tempahan lukisan dan menuntut ilmu melalui pelbagai sumber seperti melalui bacaan,media massa dan youtube .Minimakan pergerakan keluar rumah selama tempoh dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan .
Semuga seluruh PELUKIS diseluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT dari jangkitan wabak Virus COVID-19 yang mampu menjadi virus pembunuh populasi manusia diseluruh dunia .