22 hb Feb 2020
Sabtu
Sekolah Menengah Zainab (2) Kota Bharu
Berkongsi minat yang sama , melukis bersama sambil bertukar tukar ilmu dan pengalaman merupakan salah satu tujuan Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan mengadakan acara berkumpulan setiap hari Sabtu .
Hari ini PELUKIS berkumpul diSekolah Menengah Zainab (2) Kota Bharu dengan tujuan untuk menyiapkan karya bagi menyertai Pameran satu hari pada 07hb March nanti bertempat diPulau Gajah ,Sabak ,Kota Bharu,Kelantan bagi menjayakan program Kemakmuran Seni Bersama Komuniti anjuran Balai Seni Visual Negara .
Seramai 8 orang ahli telah turut bersama turun
melukis iaitu Cikgu Adzran( Penasihat PELUKIS ) ,Abelee337 ( Pengerusi ) , Nor Orkid ( Setiausaha ) , Ilyas Din ( Timbalan Pengerusi ) , Zariah ( Bendahari ),Tho man , Cikgu Ismail dan Ridzuan .
Ini merupakan kali pertama Tho Man turut bersama pasukan PELUKIS bagi menjayakan aktiviti luar bersama sama .Kesempatan ini belaiu telah berkongsi ilmu dan pengalaman dalam medium cat air bermula dari pertemuan pertama semenjak dipertemukan bersama Marzuki yang telah banyak merubah skill bakat dan minatnya untuk menguasai ilmu cat air .
Tho Man kini aktif melukis lakaran dan mewarna menggunakan medium cat air berkonsepkan Urban sketchers dimerata tempat .Beliau merupakan salah seorang pelukis Cat air yang berbakat besar dan disegani diKelantan .
Hari ini PELUKIS berpeluang melihat dan berkongsi ilmu bersama Cikgu Adzran Omar yang memulakan karya 'Angin Tegaro Ngantar Bulea ' medium acrylic sketch atas kanvas . Menampilkan gaya permainan warna dan stroke lakaran yang memperlihatkan gaya impressionisme ' dengan menitikberatkan pegangan konsep ' LESS IS MORE '. Gambaran objek-objeknya digambarkan dengan mengutamakan kesan selintas cahaya yang terpantul dan tidak memiliki kontur yang jelas menampakkan kematangan dan kehebatan beliau menguasai teknik yang menjadikan beliau seorang pelukis yang berilmu dan memahami alirannya seninya dengan begitu cemerlang .
Cikgu Ismail dengan medium cat air .
Aktiviti PELUKIS selesai pada jam 12 tengahari .
No comments:
Post a Comment