Untuk menjadi ahli berdaftar Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan , yuran pendaftaran sebanyak RM10 dan Yuran Tahunan sebanyak RM20 dikenakan manakala bayaran bagi Ahli Seumur Hidup adalah sebanyak RM150 sahaja .
Yuran bolehlah dibayar secara terus kepada Bendahari PELUKIS atau melalui akaun bank :-
Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan
Bank Muamalat
akaun No 0301-0006807-71-9
Terdiri dari Warganegara Malaysia
terbuka kepada semua pelukis pelbagai bidang khususnya diKelantan .
berumur tidak kurang dari 18 tahun
Bagi warganegara berumur kurang 18 tahun dikategorikan sebagai Ahli Remaja dan perlu mendapatkan surat kebenaran Bertulis daripada ibubapa atau penjaga yang sah .
Sanggup mematuhi peraturan dan perlembagaan Persatuan setiap masa
2) PERMOHONAN MENJADI AHLI
Permohonan untuk menjadi ahli PELUKIS hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan dihantar kepada Setiausaha PELUKIS untuk dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa PELUKIS untuk kelulusan .
3) KATEGORI AHLI
a) Ahli Biasa
berhak bersuara , mengundi dan memegang sebarang jawatan dalam Persatuan .
b) Ahli Seumur Hidup
hanya perlu membayar sekali sahaja Yuran , mempunyai hak hak yang sama sebagaimana ahli biasa dan akan terus kekal sebagai ahli selama mana tidak dipecat oleh Ahli Jawatankuasa kerana melakukan kesalahan yang melanggar peraturan Persatuan .
c) Ahli Bersekutu
layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli ahli biasa , berhak besuara tetapi tidak layak untuk mengundi atau memegang sebarang jawatan dalam Persatuan .
d) Ahli Remaja
Tidak layak untuk mengundi dan memegang sebarang jawatan dalam Persatuan .
e) Ahli Kehormat
Terdiri dari mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada PELUKIS yang ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari membayar Yuran .
No comments:
Post a Comment