Saturday, February 15, 2020

PELUKIS MENYERTAI FESTIVAL KRAF DAN TEKSTIL PANTAI TIMUR 2020


FESTIVAL KRAF DAN TEKSTIL PANTAI TIMUR telah diadakan diperkarangan Dataran Muhammadi ,Kota Bharu,Kelantan anjuran Kraftangan Malaysia bermula pada 23hb Januari – 2hb Februari 2020 dari jam 10 pagi hingga 10 malam  . Kraftangan Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, seni dan Budaya Malaysia . Festival ini  merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia dalam usaha memperkasa dan mempromosi produk kraf tekstil khususnya dinegeri Kelantan , Terengganu dan Pahang . Aktiviti ini juga merupakan platform terbaik dalam mengukuhkan jalinan kerjasama serta mempromosi dan memasarkan produk kraf tekstil tempatan di peringkat domestic sehingga global .

PELUKIS juga telah mengambil peluang baik ini untuk menyertai festival anjuran Kraftangan Malaysia bagi mendedahkan diri kepada masyarakat bakat,hasilkerja , menerima tempahan lukisan disamping membuka pasaran jualan hasil karya ahli kepada orang ramai bagi menjana pendapatan dalam bidang seni lukis .




Lawatan Menteri Pelancongan , seni dan Budaya Malaysia  Yang Berhormat Datuk Mohamaddin Bin Ketapi  ke booth PELUKIS sempena Majlis YB Datuk bersama usahawan Kraf .

Kunjungan YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan merangkap Setiausaha Agung PAS ke booth PELUKIS

Lawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Yang Berhormat Tuan Mohammad Bakhtiar Bin Wan Chik keBooth PELUKIS .


sesi bergambar sebagai kenangan bersama Timbalan Menteri Pelancongan, seni dan Budaya Malaysia YB Tuan Mohammad Bakhtiar Bin WAn Chik dan En Nor Azmi Bin Haji Ismail merangkap Tuan Pengarah Kraftangan Cawangan Kelantan.


Bersama Mohamad bin Salleh pemilik homestay berkonsep rumah tradisional melayu SINGGORA dan Persatuan Busana Kelantan .









 Kunjungan Dato Mejar Nizam merangkap exco Pelancongan , Budaya dan Warisan Negeri Kelantan.












 Jualan Hasil Karya oleh salah seorang Ahli PELUKIS iaitu Mimi Azean .




No comments:

Post a Comment

PELUKIS MANAFAATKAN MASA MEMBENDUNG WABAK KOVID 19 DENGAN DUDUK DIRUMAH DAN MELUKIS

Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah...

POPULAR POST