Friday, March 20, 2020

PELUKIS MANAFAATKAN MASA MEMBENDUNG WABAK KOVID 19 DENGAN DUDUK DIRUMAH DAN MELUKIS




Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).

Kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik ini untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dengan cara menghadkan pergerakan orang ramai. Pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini daripada dijangkiti wabak jangkitan COVID-19 yang kini telah memasuki gelombang kedua.

Setiap individu perlu menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia dalam membendung penularan kejadian COVID-19. 

Memandangkan situasi penularan COVID-19 ini semakin meruncing ketika ini, maka JPPM  telah memaklumkan bahawa semua pertubuhan adalah DILARANG daripada mengadakan program/aktiviti/ persidangan/ perhimpunan/ mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan juga telah mengambil inisiatif untuk menghentikan buat sementara segala aktiviti dan program yang melibatkan perhimpunan , mesyuarat dan aktiviti luar agar dapat turut sama mengelakkan jangkitan virus terus menular keseluruh negara. PELUKIS mengalakkan ahli ahlinya agar terus berada dirumah masing-masing dan memanafaatkan masa selama 14 hari dengan duduk melukis , berkarya , menyiapkan tempahan-tempahan lukisan  dan menuntut ilmu melalui pelbagai sumber seperti melalui bacaan,media massa dan youtube .Minimakan pergerakan keluar rumah selama tempoh dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan .




Semuga seluruh PELUKIS diseluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT dari jangkitan wabak Virus COVID-19 yang mampu menjadi virus pembunuh populasi manusia diseluruh dunia .

No comments:

Post a Comment

PELUKIS MANAFAATKAN MASA MEMBENDUNG WABAK KOVID 19 DENGAN DUDUK DIRUMAH DAN MELUKIS

Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah...

POPULAR POST