Thursday, March 12, 2020

PELUKIS BUKAN SEKADAR MELUKIS


Dari Abdillah bin Mas’ud ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: ((Tiada seorang muslimin yang menanggung derita kesakitan atau yang selainnya, melainkan Allah menggugurkan dosanya sebagaimana gugurnya daun daripada pokoknya.))
Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan telah menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada seorang pelukis iaitu Ayub bin Mohamad ,76 , yang telah mengalami masalah kesihatan dikediaman beliau bertempat diPengkalan Chepa,kota Bharu , Kelantan baru-baru ini.

Ayub bin Mohamad merupakan seorang pelukis warga emas yang masih setia menjadikan pelukis sebagai kerjaya dan sumber pendapatan bermula sejak  lebih 20 tahun dahulu dan telah menghasilkan lebih 400 karya lukisan potret dan pemandangan dalam pelbagai medium seperti karbon powder , water color dan cat minyak . Beliau kini berulang alik dari rumahnya yang terletak diPengkalan Chepa ke Galeri sewaannya diKg Kraftangan dengan menaiki bas setiap hari .


Semangat juang tinggi yang ada pada Beliau menjadi inspirasi kepada kami untuk terus membantu negara dalam memartabatkan seni lukis sekaligus dapat membuka peluang dan ruang kepada penggiat-penggiat seni lukis diKelantan .


Doa kami agar Pak Ayub akan segera kembali sembuh dan dapat terus berkarya demi menampung sara hidup dan memperkayakan karya seni yang bermutu kepada masyarakat .



 [HR Bukhari & Muslim] Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim] Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]


No comments:

Post a Comment

PELUKIS MANAFAATKAN MASA MEMBENDUNG WABAK KOVID 19 DENGAN DUDUK DIRUMAH DAN MELUKIS

Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah...

POPULAR POST