Friday, February 14, 2020

AKTIVITI 'PLEIN AIR' PELUKIS DIBALOH JEMBAL

'PLEIN AIR ' mungkin satu perkataan yang agak asing bagi bukan golongan pelukis . En Plein Air bermaksud "di udara terbuka" dan digunakan untuk menggambarkan perbuatan lukisan atau aktiviti melukis di luar rumah, yang juga dipanggil peinture sur le motif dalam bahasa Perancis . Aktiviti ini semakin popular semenjak era 1870 an lagi semenjak diperkenalkan cat dalam tiub sehingga kehari ini .

Mungkin ramai diantara pelukis yang tidak sedar atau tidak mengetahui akan kepentingan dan kelebihan untuk melakukan aktiviti sebegini sekurang kurangnya setahun sekali atau seberapa kerap yang kita boleh memandangkan ianya sangat memberi kebaikan dan kefahaman yang sangat berguna untuk kemajuan diri seseorang pelukis .Diantara kebaikan kebaikannya adalah membantu seseorang pelukis menangkap pemandangan secara nyata terus didepan mata , bayang dan komposisi yang akan diterjemahkan kepada kanvas atau lukisan dan Ianya  berbeza dengan kaedah biasa iaitu melukis secara rujukan foto dan imiginasi .

Faktor masa yang terhad sewaktu menjalankan aktiviti plein air akan membuatkan pelukis akan berusaha meningkatkan kemahiran melukis secara pantas dan mengaplikasikan teknik teknik yang lebih cepat seperti teknik ' loose brushstroke ' dan sebagainya .Secara tidak langsung menambah kepelbagaian gaya dan teknik dalam melukis .

Diatas kesedaran inilah barisan PELUKIS telah mengatur dan menjalankan aktiviti Plein air secara mingguan keseluruh kawasan secara berkumpulan bagi menimba pengalaman dan ilmu dengan bimbingan Cikgu Adzran Omar yang merupakan salah seorang pelukis yang berpengalaman dan berilmu dalam bidang seni lukis diMalaysia .

Tarikh : 15hb Feb 2020
Lokasi : Baloh Jembal, Jalan Yaacobiah , Kota Bharu,Kelantan .
hari : Sabtu
Jam : 8.30 pagi - 12 tgh






















No comments:

Post a Comment

PELUKIS MANAFAATKAN MASA MEMBENDUNG WABAK KOVID 19 DENGAN DUDUK DIRUMAH DAN MELUKIS

Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah...

POPULAR POST