Friday, February 21, 2020

PELUKIS JALANAN DIPASAR KARAT LAMAN SITI KHADIJAH


Pasar Karat Laman Siti Khadijah terletak dipusat  bandar  iaitu dicelah lorong antara Pasar Siti Khadijah dan  bangunan Bazar Buluh Kubu , Kota Bharu , Kelantan .

Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan telah mengambil inisiatif untuk turut sama menghidupkan dan menarik minat pengunjung untuk membeli belah dan melihat pelukis berkarya ,,menjual hasilkarya dan mengambil tempahan diPasar Karat Laman Siti Khadijah pada hari setiap hari khamis dan jumaat bermula jam 8.00 malam - 12 malam .



Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan membuka ruang dan peluang kepada ahli ahlinya yang berminat menjadi Pelukis Jalanan bagi menjana pendapatan tambahan dan mengutip pengalaman melukis dikhalayak ramai .Walaupun ramai yang beranggapan bahawa kerjaya sebagai pelukis Jalanan tidak mampu bertahan lama dan tiada masa depan , namun hakikat sebenarnya adalah sebaliknya kerana ianya mampu meraih pendapatan lumayan sekiranya bijak , rajin berusaha dan berbakat besar . Ada yang telah membuktikan bahawa kerjaya sebagai seorang pelukis Jalanan juga mampu meraih pendapatan sehingga RM3000 keatas .Ianya perlukan kerajinan , usaha dan bakat demi memajukan diri dan meraih kejayaan sebagai seorang pelukis jalanan yang disegani .


Pelukis Jalanan juga boleh muncul sebagai duta kecil  dalam membantu memperkenalkan negara kepada pelancong dari dalam dan luar negara .






No comments:

Post a Comment

PELUKIS MANAFAATKAN MASA MEMBENDUNG WABAK KOVID 19 DENGAN DUDUK DIRUMAH DAN MELUKIS

Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah...

POPULAR POST