Friday, March 20, 2020

PELUKIS MANAFAATKAN MASA MEMBENDUNG WABAK KOVID 19 DENGAN DUDUK DIRUMAH DAN MELUKIS




Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).

Kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik ini untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dengan cara menghadkan pergerakan orang ramai. Pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini daripada dijangkiti wabak jangkitan COVID-19 yang kini telah memasuki gelombang kedua.

Setiap individu perlu menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia dalam membendung penularan kejadian COVID-19. 

Memandangkan situasi penularan COVID-19 ini semakin meruncing ketika ini, maka JPPM  telah memaklumkan bahawa semua pertubuhan adalah DILARANG daripada mengadakan program/aktiviti/ persidangan/ perhimpunan/ mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan juga telah mengambil inisiatif untuk menghentikan buat sementara segala aktiviti dan program yang melibatkan perhimpunan , mesyuarat dan aktiviti luar agar dapat turut sama mengelakkan jangkitan virus terus menular keseluruh negara. PELUKIS mengalakkan ahli ahlinya agar terus berada dirumah masing-masing dan memanafaatkan masa selama 14 hari dengan duduk melukis , berkarya , menyiapkan tempahan-tempahan lukisan  dan menuntut ilmu melalui pelbagai sumber seperti melalui bacaan,media massa dan youtube .Minimakan pergerakan keluar rumah selama tempoh dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan .




Semuga seluruh PELUKIS diseluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT dari jangkitan wabak Virus COVID-19 yang mampu menjadi virus pembunuh populasi manusia diseluruh dunia .

Thursday, March 12, 2020

PELUKIS BUKAN SEKADAR MELUKIS


Dari Abdillah bin Mas’ud ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: ((Tiada seorang muslimin yang menanggung derita kesakitan atau yang selainnya, melainkan Allah menggugurkan dosanya sebagaimana gugurnya daun daripada pokoknya.))
Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan telah menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada seorang pelukis iaitu Ayub bin Mohamad ,76 , yang telah mengalami masalah kesihatan dikediaman beliau bertempat diPengkalan Chepa,kota Bharu , Kelantan baru-baru ini.

Ayub bin Mohamad merupakan seorang pelukis warga emas yang masih setia menjadikan pelukis sebagai kerjaya dan sumber pendapatan bermula sejak  lebih 20 tahun dahulu dan telah menghasilkan lebih 400 karya lukisan potret dan pemandangan dalam pelbagai medium seperti karbon powder , water color dan cat minyak . Beliau kini berulang alik dari rumahnya yang terletak diPengkalan Chepa ke Galeri sewaannya diKg Kraftangan dengan menaiki bas setiap hari .


Semangat juang tinggi yang ada pada Beliau menjadi inspirasi kepada kami untuk terus membantu negara dalam memartabatkan seni lukis sekaligus dapat membuka peluang dan ruang kepada penggiat-penggiat seni lukis diKelantan .


Doa kami agar Pak Ayub akan segera kembali sembuh dan dapat terus berkarya demi menampung sara hidup dan memperkayakan karya seni yang bermutu kepada masyarakat .



 [HR Bukhari & Muslim] Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim] Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]


Sunday, March 8, 2020

KEMAKMURAN SENI BERSAMA KOMUNITI 2020


Balai Seni Negara telah membuka peluang kepada Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan untuk turut sama menyertai program ' KEMAKMURAN SENI BERSAMA KOMUNITI ' pada 7hb March 2020 bertempat diPasar Nelayan LKIM , Kg Pulau Gajah , Sabak, Kelantan .

Program ini telah diresmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Noor Zari bin Hamat merangkap Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan , seni dan Budaya Malaysia .

Pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan program hari ini , diantaranya ialah pertandingan mewarna,pertandingan melukis ,pertandingan memasak , demostrasi sorbek perahu kolek ,pameran perahu kolek berhias , demostrasi cat air, demostrasi pembuatan batik dan pandai besi ,interaktif kraf , pertunjukan ayam cantik ,bengkel seni Young Art Entrepreneurs ( YAE!),ceramah agama , dikir barat , pameran lukisan dari Persatuan Penggiat seni lukis ( PELUKIS ) Kelantan dan lain lain lagi .

persiapan ruang pameran PELUKIS dimulakan dibooth yang disediakan bermula hari Jumaat 6/3/2020 .





Petugas yang telah turun membantu dalam menyiapkan booth pameran PELUKIS pada hari Jumaat 6/3/2020 ialah abelee337,Ilyas Din , Cg Adzran ,Nor orkid , Atok King , Rajawali batik , Bendahari pelukis , Pauzi dan Asrul Chik .

Bergambar bersama seorang bekas kartunis majalah Gelihati suatu ketika dulu iaitu kartunis BUDU .

Adik-adik penduduk Pulau gajah sangat gembira dan teruja melihat karya potret MOK yang dipamerkan . MOK adalah seorang penduduk pulau Gajah yang berusia 103 tahun ,masih sihat bertenaga dan merupakan bekas tukang ukir ukiran kayu istana .

Mereka juga sangat gembira melihat karya oleh Li Mar , medium acrylic yang menjadikan AYOH WEI sebagai subjek utama mengambarkan semangat seorang lelaki tua yang menjadi pengusaha Tuak di Pulau Gajah .

Lawatan Presiden Persatuan PESENI dan GAPs ke booth PELUKIS .

Bersama Pak Rossem dan Rosman AJK PESTA dibooth PELUKIS .

Bersama Pengarah Perbadanan Muzium negeri Kelantan Haji Ariffin bin Haji Husin pada hari Perasmian 7/3/2020 .

Bersama YBhg. Dato. Dr. Noor Zari bin Hamat Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Malaysia .


Ahli baru berdaftar semasa program berlangsung .

Meraikan Ahli baru berdaftar semasa program berlangsung .

Penyampaian Cenderahati PELUKIS kepada En Anuar dari Balai Seni Negara sebagai tanda terimakasih dari kami .

Bersalaman bersama Tuan Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan ( JKKN ) negeri Kelantan .

Penyampaian Cenderahati PELUKIS kepada Timbalan Pengarah Balai Seni Negara sebagai tanda terima kasih kami .

Penyampaian cenderahati PELUKIS kepada YBrs . Encik Amerrudin bin Ahmad Ketua Pengarah Balai Seni Negara .

Penyampaian cenderahati PELUKIS kepada Puan Rohana binti Mohd Yusof Pengarah Bhg Media dan Pembangunan Seni Balai Seni Negara .

 Penyampaian cenderahati PELUKIS kepada Wan Nor Hidayah Binti Wan Idris dari Unit Komunikasi Korporat Balai Seni Negara .

Kunjungan Orang Ramai keBooth Pameran PELUKIS melihat karya karya yang dipamerkan .




Dua karya yang terjual semasa Pameran iaitu hasilkarya Mimi Azean dan Marzuki .

Bersama Tuan Nik Mahmood dari Tourism Information Centre (TIC) kelantan dan Pengarah Perbadanan Muzium negeri Kelantan  .









Sunday, March 1, 2020

KERJASAMA SENI PELUKIS DENGAN ROYAL GUEST HOUSE HOTEL KOTA BHARU




Royal Guest House House yang terletak ditengah pusat bandar Kota Bharu , berhadapan kampung Kraftangan dan bersebelahan Muzium Istana Jahar kini menjadi lokasi Hotel kedua selepas H Elite Hotel yang telah memberi ruang untuk Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan mempamerkan hasilkarya untuk jualan .

Disamping membantu mencantikkan , menambahkan dekorasi Ruang Hotel dengan barisan lukisan/ catan dari ahli Persatuan dengan pelbagai medium , ianya juga membantu memberi peluang untuk pelukis memasarkan hasilkarya dan mengetengahkan bakat kepada masyarakat khusunya dari pelancong luar dan dalam yang menginap dan datang keHotel Royal Guest House .


                                   Sesi Perbincangan bersama Pengurus Hotel Royal Guest House .


                                         Proses menghantar Karya masuk untuk dipamerkan .


PELUKIS MANAFAATKAN MASA MEMBENDUNG WABAK KOVID 19 DENGAN DUDUK DIRUMAH DAN MELUKIS

Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah...

POPULAR POST