Balai Seni Negara akan menganjurkan Program 'Kemakmuran Seni Bersama Komuniti' Bertempat Di Pasar Nelayan LKIM, Pulau Gajah, Kelantan. Pada 7 Mac 2020 (SABTU). Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pertandingan perahu cantik , pertandingan memasak,pertandingan mewarna dan melukis , Demostrasi sobek perahu kolek , pertunjukan ayam cantik , dikir barat , ceramah agama dan lain lain lagi . Persatuan Penggiat Seni Lukis ( PELUKIS ) Kelantan turut sama terlibat menjayakan satu pameran lukisan / catan pada hari tersebut ..
Mesyuarat bagi mengadakan program ini telah berlangsung pada 26hb Feb 2020 bertempat di Hotel Grand River View , Kota Bharu, Kelantan bermula jam 9.30 pagi yang melibatkan PELUKIS , pelbagai NGO,pusat pengajian dan jabatan jabatan kerajaan .
Program ini dirangka untuk memupuk semangat kebersamaan dalam memacu dan memperkasa sektor pelancongan dan kebudayaan dalam meraikan Tahun Melawat Malaysia 2020 ( TMM2020 ) dengan penuh gemilang dan berdaya saing .
Balai Seni Negara melancarkan program ini bermatlamatkan sentuhan titik tempatan yang memberi keutamaan dibawah rumpun seni bersama komuniti , Kepelbagaian pengisian diadakan bagi mendekat dan memperkenalkan peranan Balai Seni ke seluruh tanahair khususnya tentang makna seni visual dan menghargai seni budaya warisan tempatan .
PELUKIS membantu wakil Balai Seni Visual Negara dalam mengatur pertemuan untuk mendapatkan surat sokongan permit hiburan yang ditandatangani oleh penghulu kampung Pulau Gajah Tengku Mohd Nazri bin Tg Mohd Yatim
Diantara karya karya PELUKIS yang akan dipamerkan pada 7hb march nanti :-
Jangan lupa untuk bersama menyaksikan hasilkarya dari PELUKIS pada 7hb March nanti bertempat di Pasar Nelayan Pulau Gajah , Sabak ,Kota Bharu , Kelantan .